EVP PROFILE

Foto saya
Unholy Triangle/Matu-Daro/Desa Ilmu Kota Samarahan/ Kuching, Sarawak, Malaysia
UNDERGROUND -Label -Merchandise -Distro

Isnin, 13 Jun 2011

Rilisan Rasmi 2010 - Jun 2011

Selamat kembali mencoret di sini! (ucapan ni dituju khas utk aku sandiri, hehe). Huh!! Agak lama tak update, masa yg panjang... Hanya tertumpu kepada laman rasmi sosial EVP kat facebook (fb) sahaja. Memang diakui kat situ amat mudah untuk meng'update berbanding blog ni. Walaubagaimanapun, aku cuba yang terbaik untuk seimbangkan pengisian kedua-duanya.

Bagi yang jarang mengikuti perkembangan EVP melalui fb, di sini kita kongsi beberapa rilisan yang belum sempat aku update dalam blog ni. Berikut adalah rilisan rasmi EVP tahun 2010 sehingga Jun 2011.

1. EVPCD-05: IMMOLATE (Single 2010)
Confession of the Enchanted
Pro-Printable cd/ 1 trackLimited 100 pcs (Sold Out)
Tarikh Rilis: 17.01.2010








2. EVPCD-06: IMMOLATE (Re-released Single 2010)
Confession of the Enchanted
Pro-Printable cd/ 1 track
Unlimited Version
Tarikh Rilis: 8.08.2010








3. EVPCD-07: IMMOLATE (Demo 2010)
Immolate in the Night Clewoon
Pro-cdr/ 4 Tracks
666 copy
Tarikh Rilis: 9.10.2010









4. EVPCD-08: SINGHASARI (EP)
Kebangkitan Nusantara
Pro-Printable cd/ 8 Tracks
Limited 250 copy
Tarikh Rilis: 1.5.2011







5. EVPCD-09: KREMATION (Promo 2011)
Let Then Hate and Fear
Pro-Printable cd/ 2 Tracks
Limited 300 copy
Tarikh Rilis: 20.05.2011







6. EVPCD-10: NARRATIK (Single 2011)
Sign of Semelai
Pro-Printable cd/ 1 Tracks
Limited 150 copy
Tarikh Rilis: 1.06.2011

Ahad, 13 Disember 2009

Rilisan Rasmi EVP 2006-2009

Berikut adalah antara rilisan EVP dari awal penubuhan sehingga sekarang. Untuk tahun 2010, EVP dalam perancangan untuk mengeluarkan demo cd band u/g metal Sarawak dan beberapa rilisan lain, yang masih dalam proses perancangan dan perundingan. Sebarang info akan di maklumkan dari masa ke semasa. Kepada band-band yang berminat untuk mengeluarkan demo/ep/album under EVP amatlah dialu-alukan. Sila berhubung terus mahupun melalui email: eastern_voiceprod@yahoo.com atau eastern.voiceprod@gmail.com

1. Shamanic Rites (100106)
Ultimate Collection of Unholy Power
Ep (Pro-Cdr)
7 tracks

Price RM10


2. Vormit (011107)
Life is Your Enemy
Album (Pro-Cd)
10 tracks

Price RM15


3. Shamanic Rites (090709)
IMCI
Album (Pro-Cd)
8 tracks

Price RM20


4. Keruntuk (200909)
Demo 2009
Demo (Pro-Cdr)
2 tracks

Price RM5

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi EVP ataupun band-band sendiri. Selagi stok masih ada.

Sabtu, 21 November 2009

Sejarah Penubuhan EVP

Sebenarnya, sebelum tertubuhnya label ini saya aktif dalam distro kecil kecilan selain daripada membuat majalah underground (bertahan sehingga edisi ke-2 sahaja). Bermula kira-kira tahun 2001, masa tu baru habis study. Deal secara kecil-kecilan dengan local distro kemudian dengan label2 dan direct dengan editor2 zine dan band dengan niat untuk menyebarkan rilisan2 mereka kepada u/g follower yang sememangnya dahagakan material terkini. Selain daripada itu, ada juga terlibat dengan beberapa projek usaha sama dengan label tempatan atas dasar tolong menolong sesama rakan seperjuangan. Nama distro yang pernah aku pakai sebelum ini ialah seperti Souls of Kananulark' distribution dan Souls Kanan Distribution. Nawaitu utama aku pada masa itu ialah untuk memeriahkan lagi scene u/g yang mana ketika itu bilangan distro di Sarawak boleh dibilang dengan jari.

Bagaimana tercetusnya nama Eastern Voice Production (EVP) ? Kalau semua nak tahu, aku bubuh nama ni pun secara sepontan. Yakni dalam masa aku menghasilkan rilisan pertama EVP sebetulnya aku masih tercari-cari nama yang sesuai untuk label aku ni. Nak bubuh nama yang lebih universal sikit (coz masa tu byk yang pakai perkataan2 dari bahasa ibunda masing2). Sedang aku terkapai-kapai buat design & layout cover cd rilisan pertama aku tu, dalam otak aku terintas perkataan Eastern dan aku combine kan dgn Voice. Suara dari Timur? Ya terciptalah nama label yang aku guna pakai sekarang ni. Then aku cepat2 siapkan logo EVP yang agak simple untuk diletakkan pada cover cd tu nanti.

Keluaran Pertama EVP ialah Compilation EP Shamanic Rites - Ultimate Collection of Unholy Power. Band yang amat berpotensi dan produktif dari Sarawak ketika itu dari genre Metal Kelam. Atas dasar kawan dan ingin melihat band ini terus produktif dan aktif, maka tercetusnya idea untuk meriliskan karya-karya yang pernah dihasilkan oleh band tersebut yang dihimpunkan ke dalam sebuah Ep. Sekurang-kurangnya ada jugak band yang memecah kesunyian dari Sarawak amnya menembusi laut Cina Selatan ke pelusuk Malaysia. Dengan rilisnya keluaran pertama ini juga, maka dengan rasminya Eastern Voice Production ditubuhkan iaitu pada 1 Muharram 1427H bersamaan dengan 10 Januari 2006. Dari situlah titik permulaan EVP merangkak hingga ke hari ini. Kini, beberapa rilisan telah dihasilkan dan rilisan2 seterusnya telah pun di rancang. Tanpa sokongan metalhead dari segenap pelusuk nusantara ini amnya Alhamdulillah..masih bertahan sehingga ke hari ini. Thanx for support!!

Jumaat, 20 November 2009

Selamat Datang!

Assalamualaikum semua...
1st time buat blog sendiri. Alhamdulillah...boleh lah, langkah permulaan untuk saya berjinak-jinak dengan alat perhubungan di zaman ini, maka saya tidak ketinggalan untuk mempelajarinya. Namun segala kelemahan Insyaallah akan saya perbaiki dan tunjuk ajar dari rakan-rakan semua memang dialu-alukan...

Objective utama blog ini ialah untuk memperkenalkan label Eastern Voice Production serta ingin bertukar-tukar pendapat mengenai muzik, underground scene dan sebagainya disamping berkenal kenalan antara satu sama lain. Support dari rakan-rakan semua adalah amat dihargai...

oklah, setakat ini saja dulu. Sehingga kita berjumpa lagi..
Sala'am